27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Hishammuddin tak tahu kenapa digelar pengkhianat

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau tidak tahu mengapa dia dan sembilan lagi Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) digelar sebagai pengkhianat kerana menyokong Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Ahli Parlimen Sembrong  itu berkata, ini kerana kesemua Ahli Parlimen terbabit, termasuk beliau akhirnya mengikut ketetapan parti dan menarik semula sokongan mereka.

“Hingga hari ini saya tak tahu apa sebabnya kita dituduh sebagai pengkhianat. Saya cukup yakin bahawa apa yang telah berlaku, tidak ada benda yang patut kita apologetik sehingga dituduh mengkhianati perjuangan parti.

“Kalau mereka nak ambil tindakan, ambillah tak ada benda yang saya perlu bimbang,” katanya yang juga Bendahari Agung BN.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), Kuala Lumpur hari ini.

Selain Hishammuddin, turut menandatangani surat akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Muhyiddin ialah Datuk Seri M. Saravanan (Tapah), Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong (Ayer Hitam), Datuk Arthur Joseph Kurup (Pensiangan) dan Datuk Wee Jeck Seng (Tanjung Piai).

Advertisements

Lima lagi ialah Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad (Lipis), Datuk Seri Jalaluddin Alias (Jelebu), Datuk Seri Hasni Mohammad (Simpang Renggam), Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa (Tampin) dan Datuk Adnan Abu Hassan (Kuala Pilah).

Ka Siong yang merupakan Presiden MCA juga hadir ke perhimpunan hari ini.

Kelmarin Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mendedahkan 10 Ahli Parlimen termasuk daripada UMNO yang menandatangani SD menyokong pelantikan Muhyiddin ketika berucap pada sesi taklimat khas Presiden UMNO yang diadakan secara tertutup.

Bagaimanapun, mereka diminta untuk membatalkan SD ditandatangani tersebut dan semuanya akur dengan arahan itu kerana parti tidak membuat sebarang keputusan untuk menyokong sama ada Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH).

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan