Friday, June 5, 2026

Bukan mudah, terus kekal keazaman tinggi

Turun kadar tol BESRAYA, LEKAS antara pencapaian 30 hari Menteri Kerja Raya.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MENTERI Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengakui bukan mudah menerajui kementerian yang dikemudinya kini setelah sebulan dibawah Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, beliau kekal menanam keazaman yang tinggi untuk memastikan perjalanan gerak kerja kementerian itu dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin selari hasrat Kerajaan Perpaduan.

Menerusi hantaran di Facebooknya, Nanta berkata, banyak perkara yang perlu beliau pelajari dengan cepat selain perlu bertindak tangkas.

Dalam hantaran sama, beliau turut mengemukakan pencapaian yang berjaya dilakukan selepas 30 hari mengemudi kementerian terbabit, antaranya termasuk menurunkan kadar tol di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS).

Penurunan kadar tol di Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA) dan Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) antara kejayaan 30 hari yang dilakukan.

Menggerakkan 2,580 pelbagai jentera di seluruh Semenanjung bagi membantu kerja-kerja kecemasan ketika bencana alam sepeti banjir dan tanah runtuh.

Selain, menggerakkan operasi 24 jam bilik gerakan bencana (BIGBEN) Jabatan Kerja Raya (JKR).

Nanta berkata, 30 hari pertama di KKR, beberapa perkara berkenaan antara usaha yang dapat beliau gerakkan dengan pantas, hasil perbincangan dan kerjasama utuh semua warga kerja KKR, selain beriltizam untuk bekerja dengan lebih kuat.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan barisan Jemaah Menteri akan mengadakan sesi pemukiman (retreat) pada minggu ini untuk membentangkan indeks prestasi utama (KPI) bagi kementerian masing-masing.

Anwar berkata, program pemukiman itu bertujuan untuk melihat perkara yang dapat dilakukan atau diperbaiki daripada menteri dalam tempoh 100 hari pertama pentadbirannya.

“Seminggu lagi akan diadakan pemukiman menteri untuk para menteri membentangkan pencapaian mereka setakat ini,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan