26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Piala AFF : Operasi stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan – Rapid KL

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

RAPID KL mengumumkan operasi Stesen LRT Bukit Jalil telah dilanjutkan sehingga 12.30 pagi ini sempena perlawanan penting Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 antara Malaysia menentang Singapura yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam ini.

Pengendali perkhidmatan tren Transit Aliran Ringan (LRT) itu berkata, stesen-stesen lain akan ditutup seperti biasa namun penumpang boleh meneruskan perjalanan ke laluan lain dan keluar di stesen.

“Ayuh Malaysia kita turun beramai-ramai ke Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan kepada Pasukan #HarimauMalaya pada 3 Januari ini (hari ini),”kata Rapid KL dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, Rapid KL menyarankan setiap penyokong Harimau Malaya memakai pelitup muka ketika berada dalam LRT.

“Ini kerana tanpa pelitup muka, anda tidak dibenarkan masuk ke sistem pengangkutan awam tersebut.

“Lebih 50,000 penyokong dijangka akan membanjiri SNBJ kerana perlawanan itu cukup penting bagi menentukan kemaraan skuad negara ke peringkat separuh akhir di mana pengangkutan LRT menjadi pilihan utama penyokong untuk hadir ke stadium bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Advertisements

“Selain itu, para penyokong juga disaran menggunakan kad Touch ‘n Go untuk memudahkan urusan perjalanan pergi dan balik. Pastikan baki kad anda mencukupi untuk kelancaran perjalanan.

“Para penyokong boleh mendapatkan tiket perlawanan menerusi laman web TicketHotline.

“Sokongan padu daripada peminat akan membantu skuad Harimau Malaya mempamerkan aksi terbaik bagi memburu tiga mata penuh,”katanya.

Singapura, yang juga juara empat kali dan hanya memerlukan seri malam ini, kini mempunyai kelebihan satu mata di tempat kedua manakala Malaysia di tempat ketiga dengan enam mata.

Kali terakhir Malaysia menewaskan Singapura ialah pada aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF 2014 yang menyaksikan dua gol ‘epik’ lewat permainan – penalti Safiq Rahim dan penyudah jarak jauh Indra Putra Mahayuddin membantu pasukan menang 3-1 di Stadium Nasional Singapura sekali gus mara ke separuh akhir. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan