24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Ulama Jordan, Sheikh Muhammad Naim Yasin meninggal dunia

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

ULAMA tersohor Jordan, Sheikh Dr. Muhammad Naim Yasin dilaporkan telah meninggal dunia pada malam tadi, selepas berada dalam keadaan kritikal.

Khabar berkenaan dikongsikan oleh keluarga beliau di laman Facebook yang memaklumkan orang ramai bahawa beliau kembali menghadap Ilahi dengan keadaaan tenang.

“Berita baik, nafas terakhirnya keluar seperti angin, dia tidak sakit atau menderita, wajahnya tersenyum.

“Kami sekeluarga memohon agar kalian sentiasa mengingati beliau dalam solat dan bercerita mengenainya kepada pelajar dan anak-anak pada masa hadapan,” katanya malam tadi.

Difahamkan, solat jenazah akan dilaksanakan di Masjid Mohammed Abu AlHaj Altilawy, Amman di Jordan selepas solat Asar pada hari ini.

Untuk rekod, beliau mempunyai dua ijazah sarjana muda iaitu dalam bidang syariah, juga bidang undang-undang yang diperoleh dari Universiti Damsyik, Syria.

Beliau juga mempunyai dua ijazah sarjana (Master) dari Universiti Al-Azhar al-Sharif dalam bidang fiqh perbandingan (fiqh muqaran) serta undang-undang di Universiti Kaherah.

Advertisements

Kemuncak akademiknya beliau menamatkan bidang pengajiannya di peringkat doktor falsafah (PhD) dalam bidang fiqh perbandingan di Universiti Al-Azhar.

Antara karya terkenal beliau ialah kitab Al-Iman. Kitab ini telah dijadikan silibus dalam subjek Akidah di University of Jordan dan banyak lagi universiti lain di luar negara.

Sementara itu, bekas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri,  dunia menangisi pemergian seorang tokoh ulama di Jordan yang banyak menabur bakti kepada umat Islam.

“Penulisannya menzahirkan keluasan penguasaannya dalam ilmu-ilmu Islam. Sejak lebih 30 tahun lalu, saya mengenali beliau menerusi deretan karyanya termasuk Kitab Al-Iman.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan