25.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

2 beradik rentung: Ibu bapa masih trauma – Polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS masih belum merakamkan keterangan ibu bapa kepada dua beradik yang meninggal dunia setelah rentung dalam kebakaran di Kampung Simpang Tiga, Kampung Tanggut, di Gombak, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed dilaporkan berkata, sehingga pukul 10 pagi tadi, jenazah dua beradik masih dalam urusan pihak hospital.

Menurutnya lagi, buat masa ini polis beri ruang kepada ibu bapa mangsa yang masih trauma.

“Kita kena faham perlu kasihan ibu bapa tengah dalam keadaan susah macam itu.

“Atas dasar kemanusiaan bagilah peluang mereka masih trauma. Kita tak duduk tempat dia kita tak tahu. Sekarang ibu bapa mangsa ada di Hospital Selayang.

“Hospital sedang menguruskan post mortem (bedah siasat) jenazah dan sebagainya sebelum dikebumikan kelak ,” katanya hari ini.

Advertisements

Beliau berkata akan berjumpa dengan ibu bapa berkenaan dan sedang menunggu kebenaran pihak hospital untuk proses siasatan lanjut.

Semalam, dalam kebakaran kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mengorbankan nyawa dua beradik, Nur Syaza Alfisya Muhammad Faizan, 10, dan adiknya, Muhammad Al Qayyum Muhammad Faizan, 7, di rumah mereka.

Difahamkan ketika kejadian, pintu jeriji kediaman berkenaan berkunci, dengan ibu bapa mangsa dikatakan keluar rumah.

Jenazah dua beradik itu ditemukan di bilik utama rumah berkenaan selepas operasi pemadaman selesai.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan