25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Jalan Batang Kali-Genting dijangka dibuka untuk motosikal

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PENGGUNA motosikal dijangka boleh melalui Jalan Batang Kali-Genting, Hulu Selangor yang runtuh dalam tragedi minggu lalu dalam tempoh seminggu lagi.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata pihaknya kini sedang membuat pemantauan sebelum keputusan laluan itu dibuka kerana mahu memastikan laluan itu benar-benar selamat.

Menurutnya, sehingga kini pihaknya mengesan masih berlaku pergerakan bawah tanah antara 2 hingga 4 milimeter (mm) menyebabkan sehingga kini laluan berkenaan masih tidak selamat.

“Kita mendapat permintaan supaya laluan berkenaan dibuka kerana walaupun terdapat laluan alternatif, ia jauh dan mengambil masa.

“Setiap permohonan kita akan pertimbangkan dan kita jangkakan dalam tempoh seminggu lagi laluan berkenaan akan dibuka kepada pengguna motosikal sahaja,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Jambatan Kusial, di Tanah Merah, Kelantan, yang mengalami runtuhan tebing di bawah jambatan itu akibat banjir pada Ahad lalu.

Selasa lalu, Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan kerja pembaikan cerun dan jalan di kawasan insiden tanah runtuh di Batang Kali, Selangor ditutup setahun sebelum laluan Jalan Batang Kali-Genting, Hulu Selangor boleh dibuka semula bagi laluan orang ramai.

Ketua Setiausahanya, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman dilaporkan berkata, sementara tempoh itu pengguna jalan raya diminta menggunakan laluan alternatif yang akan dikeluarkan bilik gerakan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Beliau berkata, pihaknya juga akan membuat kajian dengan lebih mendalam di tapak tragedi berhubung pembinaan cerun selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) berakhir.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan