26.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Tindakan Hajiji tandatangani MoU tidak sah – Ronald Kiandee

Ia juga tidak mewakili aspirasi parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melalui GRS.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KETUA Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee menyifatkan perjanjian persefahaman (MoU) gabungan parti-parti politik menyokong Kerajaan Pusat pimpinan Pakatan Harapan yang ditandatangani Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Seri Hajiji Noor sebagai tidak sah.

Beliau mendakwa, ia tidak mewakili aspirasi parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) melalui GRS.

Hal ini juga katanya, Bersatu Sabah adalah parti pengasas GRS dan menurut Fasal 6.1 (ii) Perlembagaan GRS, Bersatu merupakan ahli yang sah badan gabungan itu.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Bersatu Sabah sebagai ahli badan gabungan GRS tidak pernah terlibat dalam sebarang perbincangan yang memutuskan supaya GRS mengikuti perjanjian persefahaman dengan gabungan-gabungan parti lain untuk membentuk kerajaan Persekutuan diketuai PH,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran menegaskan, Hajiji yang dilantik sebagai Pengerusi GRS atas kapasiti beliau sebagai Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah sebelum ini, tidak lagi mempunyai keabsahan untuk kekal sebagai pengerusi gabungan itu kerana tindakan beliau keluar Bersatu.

Advertisements

Oleh itu katanya, keahlian beliau dalam GRS kini hanyalah sebagai ahli individu dan kedudukannya sebagai Pengerusi GRS hendaklah diputuskan semula oleh Majlis Tertinggi GRS.

Pada 10 Disember lalu, kepimpinan Bersatu Sabah diketuai Hajiji mengumumkan keluar daripada parti itu.

Menurut Hajiji, keputusan itu dibuat setelah mempertimbangkan keadaan lanskap politik negara ketika ini terutama di Sabah.

Semalam di Putrajaya, Hajiji bersama Setiausaha GRS, Datuk Seri Masidi Manjun menandatangani memorandum persefahaman gabungan parti-parti politik menyokong Kerajaan Pusat pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Guru bersahsiah mulia asas pendidikan berkualiti

Oleh DZULFAIDHI HAKIMIE DZULRAIDI GURU sebagai agen utama sistem pendidikan memegang peranan yang penting dalam membentuk generasi akan datang. Namun, menjadi...

Lagi Artikel Berkaitan