24.9 C
Kuala Lumpur
Monday, January 30, 2023

Johari letak jawatan ADUN Gurun

Sebelum ini, nama Johari disebut-sebut antara calon bagi jawatan Speaker Parlimen yang mengadakan sidang majlis mesyuarat penggal pertama pertama persidangan Dewan Rakyat pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

DATUK Johari Abdul mengumumkan peletakkan jawatan sebagai  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gurun di Kedah, hari ini.

Dalam satu kenyataan menerusi kiriman video Whatsapp, Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah itu mengesahkan beliau telah mengutuskan sepucuk surat kepada Speaker DUN Kedah, Datuk Juhari Bulat bagi tujuan itu dengan ia telah sah diterima bertarikh 13 Disember 2022.

Pengumuman itu sekaligus menjawab spekulasi pencalonan beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Sungai Petani sebagai Speaker Dewan Rakyat yang semakin hangat. 

Jelas beliau, inti pati surat itu menjelaskan beliau memaklumkan kepada Speaker DUN Kedah bahawa kerusi DUN Gurun disandangnya sebelum ini dikosongkan berkuat kuasa secara serta-merta pada tarikh surat dihantar.

“Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Speaker yang telah memberi ruang kepada saya untuk mengambil bahagian secara aktif dalam DUN Kedah.

Baca juga:   Dewan Rakyat bukan kedai kopi, boleh bangkit apa saja isu

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada seluruh rakyat Gurun dan pengundi-pengundi saya di sana.

“Tuan-tuan dan puan-puan telah pun memberikan kerjasama dan kepercayaan luar biasa terhadap saya dalam menjalankan tugasan sebagai ADUN Gurun. Insya Allah kita akan berjumpa lagi dan saya yakin hubungan baik kita akan berkekalan dalam membangunkan negeri Kedah,” kata beliau dalam satu kenyataan video dalam Facebook hari ini.

Sebelum ini, nama Johari disebut-sebut antara calon bagi jawatan Speaker Parlimen yang mengadakan sidang majlis mesyuarat penggal pertama pertama persidangan Dewan Rakyat pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Baca juga:   Azhar kekal Speaker, Ahmad Maslan ganti Azalina?

Selain nama Johari yang mewakili blok kerajaan, nama bekas Ahli Parlimen Kangar, Tan Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad difahamkan turut dicalonkan blok pembangkang diketuai Perikatan Nasional (PN) bagi jawatan itu.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat, usul undi percaya terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diletakkan sebagai urusan persidangan paling utama, diikuti Speaker atau Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu.

Aturan mesyuarat seterusnya diikuti upacara angkat sumpah ahli-ahli Parlimen yang menang PRU15 diikuti pemilihan dua Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Pada 2 Disember, media melaporkan, Tan Sri Azhar Azizan Harun mengesahkan akan mengosongkan kedudukannya sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat sebelum Parlimen bersidang.

Bagi jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ahli Parlimen Lanang daripada DAP, Alice Lau dan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Md Nor daripada Barisan Nasional (BN) dilapor dicalonkan bagi blok kerajaan.

Baca juga:   KPM baik pulih gangguan capaian sistem aplikasi PBD

PN pula dilaporkan mencalonkan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Mas Ermieyati Samsudin bagi jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat.

-EDISI9

Wartawan

Terkini

Kemerosotan jumlah pelajar aliran sains jejas pembinaan negara

KEMEROSOTAN jumlah pelajar aliran sains di sekolah-sekolah menengah semakin membimbangkan dan situasi itu perlu ditangani dengan segera, kata Ahli...

Lagi Artikel Berkaitan