25.6 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Jalan Kuala Berang-Felda Mengkawang ditutup semua kenderaan

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan beberapa negeri hingga Selasa depan.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JALAN Kuala Berang-Felda Mengkawang di Kampung Lubuk Periuk, Hulu Terengganu ditutup kepada semua kenderaan ekoran banjir, kata Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini.

Agensi itu menerusi makluman dalam media sosial berkata, paras air di sungai-sungai utama di Kuala Berang semakin naik dan hujan masih berterusan di negeri itu.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan melibatkan beberapa negeri hingga Selasa depan.

MetMalaysia berkata, amaran hujan itu terbahagi kepada tiga seksyen iaitu seksyen A, amaran hujan berterusan (bahaya) melibatkan beberapa daerah di Kelantan dan serta seluruh Terengganu.

“Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai).

“Selain itu, seksyen B iaitu amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan bagi daerah Padang Terap, Sik dan Baling,” katanya di sini, hari ini.

Katanya amaran sama turut dikeluarkan di Hulu Perak, Perak.

“Turut dikenakan amaran sama ialah di Gua Musang, Kelantan serta beberapa daerah di Pahang iaitu Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Amaran ketiga iaitu seksyen C, amaran hujan berterusan (waspada) dikeluarkan bagi seluruh negeri Pulau Pinang serta beberapa daerah di negeri Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu,” ujarnya.

Selain itu, turut dikenakan amaran sama ialah negeri Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Kuala Kangsar) dan Johor (Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

“Amaran hujan berterusan (bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 milimeter (mm) dalam tempoh 24 jam.

“Sementara amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh enam jam,” ujarnya.

MetMalaysia memaklumkan amaran hujan berterusan (waspada) pula dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan