Friday, June 5, 2026

Agong zahir harapan hubungan Malaysia, Timor-Leste dipertingkat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan harapan agar hubungan dua hala antara Malaysia dan Timor-Leste dapat dipertingkatkan dalam pelbagai aspek demi kepentingan bersama.

Harapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda ketika menerima menerima menghadap Presiden Timor-Leste, Dr. José Ramos-Horta di Istana Negara, hari ini.

Dalam sesi yang berlangsung selama 30 minit itu Seri Paduka Baginda dan Ramos-Horta telah menyentuh berkenaan hubungan dua hala dan beberapa isu-isu kepentingan bersama antara kedua-dua negara.

Turut hadir Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Muhamad Alamin.

Hadir sama, Menteri Luar Negeri Timor-Leste, Dr. Adaljiza Albertina Xavier Dos Reis Magno dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Timor-Leste, Joaquim Amaral.

Untuk rekod, Malaysia merupakan rakan dagangan kelapan terbesar Timor-Leste dengan jumlah dagangan sebanyak USD23.8 juta pada tahun lalu.

Manakala, sehingga Oktober tahun ini sahaja, jumlah dagangan telah mencapai sebanyak USD84.6 juta. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan