25.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, February 1, 2023

Tiada kes COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir di PPS

Kes penyakit berjangkit mula dipantau sejak 11 November apabila beberapa episod banjir berlaku.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA kes COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) bagi tempoh 19 November lalu hingga kini.

Bagaimanapun, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 14 kes COVID-19 dikesan bagi tempoh 11 hingga 18 November.

“Kesemua mereka telah tamat menjalani isolasi serta pulang ke rumah masing-masing,”katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes penyakit berjangkit mula dipantau sejak 11 November apabila beberapa episod banjir berlaku.

“Secara kumulatif, sebanyak 12 kes acute gastroentritis (AGE), 207 kes jangkitan saluran pernafasan akut (ARI), lapan (8) kes konjuntivitis, 134 kes jangkitan kulit dikesan dalam kalangan mangsa banjir di PPS.

“Tiada kes tifoid, kolera, leptospirosis penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) serta denggi dilaporkan dalam kalangan mangsa banjir sehingga hari ini,”katanya.

Baca juga:   32,800 kes positif semalam, 541 kes import

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata, bilangan kes baharu COVID-19 pada Minggu Epidemiologi (ME) ke-49 tahun ini menurun 24.9 peratus iaitu daripada 14,558 kes kepada 10,937 kes bagi tempoh 4 hingga 10 Disember.

Beliau berkata, daripada jumlah itu kes tempatan berkurangan 24.9 peratus kepada 10,923 kes berbanding 14,543 kes dan kes import turun daripada 15 kes kepada 14 kes, manakala bilangan kes kematian pada ME ke-49 menurun 30.6 peratus daripada 62 kes kepada 43 kes.

Dalam pada itu, KKM juga memaklumkan nilai RT pada minggu berkenaan adalah 0.86 bagi seluruh negara.

Baca juga:   KKM keluarkan stok simpanan ubat bantu klinik, hospital swasta

Sehingga 7 pagi ini, sebanyak 29 PPS dibuka di lima negeri yang dilanda banjir membabitkan lima PPS di Kelantan, Terengganu (11), Pahang (11), Perak (1) dan Johor (1).- Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lagi Artikel Berkaitan