30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Orang ramai boleh berurusan di pejabat pasport JIM berdekatan

Kesesakan pejabat pasport JIM di Lembah Klang dan Putrajaya berpunca cuti umum, cuti persekolahan.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ORANG ramai boleh berurusan di pejabat-pejabat permohonan pasport Jabatan Imigresen luar Lembah Klang bagi urusan permohonan pasport.

Ini kerana, kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, kesesakan luar biasa yang terjadi di pejabat-pejabat permohonan pasport di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya pagi ini disebabkan oleh penutupan pejabat-pejabat pasport di seluruh negeri Selangor kerana cuti umum dan cuti persekolahan yang bermula pada hari ini.

“Pihak kami mengambil maklum perkara yang berlaku dan sehubungan dengan itu, jabatan menasihatkan supaya orang ramai berurusan ke pejabat-pejabat pasport di luar Lembah Klang.

“Antara pejabat-pejabat pasport berdekatan dan kurang kesesakan yang boleh menjadi alternatif adalah pejabat pasport di Seremban, Melaka, Cameron Highland, Raub, Kuala Langat, Kuala Kubu Bharu, Pengkalan Hulu, Mersing, Kukup dan Kangar,” katanya di sini.

Katanya, selain itu, bagi mereka yang tidak mempunyai keperluan mendesak atau kecemasan, dipohon supaya menangguhkan dahulu urusan permohonan pasport dan memohon di luar waktu puncak.

Ujar beliau, jabatan menasihatkan orang ramai supaya tidak mengambil sikap menunggu hingga ke saat akhir dan perlu merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.

“Selain daripada itu, orang ramai juga dijemput untuk menyertai saluran telegram rasmi bagi urusan permohonan pasport untuk sebarang pertanyaan di pautan https://t.me/PejabatPasport,” katanya.-Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan