24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Khairy harap Kertas Putih Kesihatan, Dasar GEG diteruskan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berharap pelaksanaan Kertas Putih Kesihatan dan Dasar Generasi Penamat (GEG) menerusi Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok, dapat diteruskan Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.

Khairy berkata, kedua-dua perkara telah dibangkitkan dalam pertemuan sebelum sesi penyerahan Nota Serah Tugas Bekas Menteri Kesihatan kepada Menteri Kesihatan, di Putrajaya, hari ini.

“Kertas putih ini adalah penting untuk reformasi sistem kesihatan kita untuk jangka masa panjang.

“Ini juga bukan hasil kerja saya tetapi hasil kerja semua pakar yang terlibat dalam perbincangan dan juga sesi libat urus yang telah kita buat sebelum ini,”katanya selepas sesi penyerahan Nota Serah Tugas Menteri Kesihatan di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, Kertas Putih ini penting dalam melaksanakan perubahan terhadap sistem kesihatan awam untuk mengelakkan sumber yang tidak mencukupi.

Baca juga:   KKM laksana label ubat mesra OKU

“Ia juga bagi menampung beban penyakit di masa hadapan terutama dari segi sumber manusia, infrastruktur, kemudahan dan aspek peruntukan.

“Saya telah memaklumkan kepada Dr. Zaliha bahawa apa sahaja yang saya boleh bantu, saya akan bantu (merealisasikan Kertas Putih Kesihatan),” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022, Khairy berkata, beliau juga berharap RUU itu dapat terus dibentangkan di Parlimen.

Katanya, RUU itu telah melalui proses pindaan dan ia kini di peringkat jawatankuasa pilihan khas. – BERNAMA

Baca juga:   392 kes VOC dikesan, 384 daripadanya Delta

Wartawan

Terkini

Cerun runtuh: Jalan depan Balai Polis Senawang ditutup sementara

JALAN Persiaran Senawang 3 (N035) berhadapan Balai Polis Senawang, ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan akibat cerun runtuh di...

Lagi Artikel Berkaitan