33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Harap hubungan Malaysia-Brunei terus diperkukuh – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap agar hubungan dua hala antara Malaysia dan Brunei terus diperkukuh susulan Lawatan Khas Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada hari ini.

Perdana Menteri berkata, dalam pertemuan sulung bersama Sultan Brunei, beliau dan Baginda berpeluang menilai kemajuan kerjasama sedia ada antara Malaysia-Brunei.

“Di samping itu turut meneroka potensi baharu bagi meningkatkan hubungan serta kerjasama yang boleh memanfaat kedua-dua negara.

“Semoga hubungan Malaysia-Brunei terus diperkukuh, Insya-Allah,” katanya dalam hantaran Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Terdahulu, Perdana Menteri menyambut keberangkatan tiba Sultan Hassanal Bolkiah bersama anakanda Baginda, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Subang sempena Lawatan Khas ke Malaysia.

Turut sama menyambut keberangkatan tiba Baginda adalah Ketua Setiausaha Negara serta pegawai-pegawai kanan daripada Jabatan Perdan Menteri dan Kementerian Luar Negeri.

Anwar berkata, Baginda berkenan memandu sendiri kereta dengan membawa beliau dan Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ke Seri Perdana, Putrajaya bagi mengadakan pertemuan sulung disusuli majlis santapan tengahari. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan