25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

10 sekeluarga terperangkap dalam kejadian kepala air

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KERIANGAN 10 sekeluarga yang sedang beriadah di Air Terjun Sungai Pinang, Batang Kali, bertukar detik mencemaskan apabila terperangkap dalam kejadian kepala air, hari ini.

Mereka yang berusia enam hingga 63 tahun itu dipercayai terperangkap di lokasi kejadian hampir empat jam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.36 petang.

Beliau berkata, sepasukan tujuh anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Berdasarkan laporan awal, terdapat 10 mangsa terdiri daripada empat kanak-kanak lelaki dan dua kanak-kanak perempuan.

Advertisements

“Manakala dua lelaki dan dua wanita pula masih berada di seberang sungai akibat kepala air yang mengalir daripada hulu sungai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Norazam berkata, kesemua mangsa yang berasal dari Sungai Buloh berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

“Ketika ini, anggota bomba berjaya pergi ke seberang sungai dan dalam proses memindahkan mangsa ke tempat selamat,” katanya.

Ujar beliau, kerja penyelamatan kesemua mangsa berjaya diselesaikan pada pukul 8. 21 malam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan