32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Nurul Izzah dijangkiti COVID-19

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

NAIB Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengesahkan dijangkiti COVID-19 dan tidak menghadiri Majlis Kesyukuran dan Meraikan Jentera P044 Permatang Pauh pada malam ini.

Sehubungan dengan itu, beliau memohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam majlis itu.

Namun, majlis berkenaan akan tetap berlangsung malam ini seperti yang dirancang.

“Insya-Allah, saya akan bertemu jentera yang membantu saya selama ini pada sesi yang seterusnya,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Beliau juga memaklumkan hanya mengalami gejala ringan dan sedang menanti hari untuk selesai kuarantin bersama suami untuk keluar dari wad.

“Mohon doakan. Mudah-mudahan Majlis Kesyukuran malam ini berjalan dengan lancar,” katanya.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Nurul Izzah tumpas kepada Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan di Parlimen Permatang Pauh.

Parlimen Permatang Pauh menjadi kubu kuat ayahnya dan keluarga sejak 1982.

Fawwaz yang juga Ketua Pemuda Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang menang dengan majoriti 5,272. – Edisi 9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan