31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Kit Siang berjiwa besar lah

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Rayuan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang supaya kerajaan menggugurkan pendakwaan penggubahan wang haram terhadap anak menantunya, Betty Chew Gek Cheng agak mengejutkan.

Ini kerana, belum pun sempat mahkamah dan sistem kehakiman memainkan peranannya, dengan semudah itu Kit Siang mahu pertuduhan ke atas Chew digugurkan dengan alasan ahli keluarga tidak patut diheret dalam dendam politik.

“Kita harus kekal menghormati kehidupan awam dan tidak memusnahkan keluarga serta menyasarkan anggota keluarga. Tindakan sebegini harus dihentikan,” katanya dalam satu kenyataan.

Adakah Kit Siang lupa semasa Pakatan Harapan (PH) mengambil alih kerajaan daripada Barisan Nasional (BN) pada 2018, kebanyakan pemimpin tertinggi kerajaan terdahulu dihadapkan ke mahkamah.

Tidak terkecuali, bekas perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya, anak tiri, anak lelaki, anak perempuan dan peguam kepada ahli Parlimen Pekan itu diheret ke mahkamah sepanjang PH berkuasa.

Namun kesemua mereka menghormati institusi kehakiman dan akur dengan pertuduhan ke atas mereka tanpa perlu menagih simpati rakyat.

Malah, selepas kerajaan PH tumbang, Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas Najib selepas didapati bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Najib sebagaimana diketahui umum tidak menggunakan pengaruhnya untuk turun ke jalanan mempertikaikan keputusan mahkamah sebaliknya percaya peluangnya masih ada untuk membuat rayuan.

Dalam kes Guang Eng dan Chew, Kit Siang seharusnya berjiwa besar dengan ujian yang dihadapi anak dan menantunya itu.

Advertisements
Lim Guan Eng memeluk isterinya, Betty Chew selepas kedua-duanya diikat jamin SPRM.

Jika PH boleh menyifatkan keputusan mahkamah dalam kes Najib sebagai kemenangan rakyat Malaysia yang memberi peluang kepada pakatan membentuk kerajaan, sudah tentu Kit Siang, DAP mahupun PH boleh menghormati sistem kehakiman negara.

Harus diingat, seseorang itu adalah tidak bersalah sehingga dirinya dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Seharusnya, Kit Siang juga melihat pendakwaan terhadap anak dan menantunya sebagai proses membersihkan nama mereka.

Janganlah DAP dan PH hanya laju bersorak dan ringan mulut menghukum bersalah bila lawan mereka disabitkan kesalahan.

Bila terkena parti sendiri,belum dengar dakwaan, belum bicara, senang-senang cakap tiada bukti. Senang‐senang tuduh pendakwaan politik.

Chew akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth pada Selasa ini di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (Amla).

Selain Chew, Guan Eng juga menghadapi dua pertuduhan oleh SPRM di mahkamah pada Isnin dan Selasa ini.

Bekas menteri kewangan itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan atas tuduhan meminta rasuah berkaitan projek terowong dasar laut Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Beliau bagaimanapun dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM1 juta. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

8000 pelari sertai Twincity Marathon 2024 

TWINCITY Marathon 2024 telah mencatatkan jumlah peserta yang mengagumkan, dengan lebih daripada 8000 peserta daripada 24 negara menyertainya. Twincity Marathon, sebuah acara...

Lagi Artikel Berkaitan