26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Longkang tersumbat, beberapa kawasan di Shah Alam dinaiki air

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

LONGKANG tersumbat dipercayai punca beberapa kawasan di Shah Alam dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak jam 3 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata, namun tiada risiko banjir dilaporkan.

Katanya, berdasarkan pemantauan anggotanya, beberapa kawasan dilanda banjir kilat, antaranya Kota Kemuning dan Seksyen 17 hingga Seksyen 24 serta Bukit Naga.

“Jalan di kawasan perumahan Bukit Naga dinaiki air sehingga paras lutut dipercayai akibat longkang tersumbat.

Advertisements

“Jalan Kota Kemuning dan Seksyen 17 hingga Seksyen 24 juga dinaiki air, turut berpunca longkang tersumbat, bagaimanapun tiada risiko banjir dilaporkan.

“Bomba turut memantau beberapa jalan di Taman Sri Muda, Seksyen 25, iaitu Jalan Waja 25/1; Jalan Mahir; Jalan Makmur; Jalan Harapan dan mendapati tiada risiko banjir. Pam kunci air juga beroperasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, beberapa rakaman video serta gambar banjir kilat dimuat naik pengguna media sosial menunjukkan limpahan air di atas jalan serta beberapa rumah terkesan.

Turut dilaporkan terjejas di Kampung Sungai Kandis; Alam Impian; Bukit Jelutong; Seksyen 32 dan Seksyen 36.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan