27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

‘Habuan’ RM60 juta: Cubaan burukkan reputasi saya – Mahdzir

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid terkejut dengan keterangan seorang saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes rasuah projek solar hibrid terhadap Datin Seri Rosmah Mansor, semalam bahawa beliau meminta ‘habuan’ RM60 juta daripada syarikat Jepak Holdings Sdn Bhd.

Mahdzir menegaskan, beliu telah menafikan tuduhan-tuduhan itu semasa dipanggil sebagai saksi dan memberi keterangan di mahkamah dalam kes yang sama sebelum ini.

Menurutnya, beliau terbaca laporan berita tentang keterangan salah seorang saksi kes itu dan agak terkilan dengan penulisan yang saya baca.

“Rata-rata (penulisan) kelihatan seperti cubaan menjejaskan dan memburukkan imej dan reputasi saya di mata rakyat.

“Penulisan ini telah memberi kesan tidak elok kepada pekerjaan-pekerjaan yang diamanahkan kepada saya,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Saksi pendakwaan berkenaan, Rayyan Radzwill Abdullah dilapor bersetuju kepada soalan-soalan peguam bahawa Mahdzir telah meminta ‘habuan’ sebanyak RM60 juta daripada syarikat Jepak Holdings melalui seorang bernama Mohd Fuad Yasin dan satu perjanjian bertulis telah disediakan

Advertisements

Mahdzir sehubungan itu berkata, beliau sedang berhubung dengan peguamnya untuk mendapatkan nasihat guaman dan mengambil tindakan-tindakan sewajarnya untuk menjaga nama baik dan kepentingan saya.

Menurutnya, beliau tidak boleh putuskan sebarang tindakan undang-undang lagi kerana tidak tahu apa dikatakan oleh Rayyan di mahkamah.

“Saya telah minta peguam saya untuk memohon mendapatkan nota keterangan daripada Mahkamah sebelum saya komen dengan lebih lanjut berkenaan perkara ini,” katanya.

Mahdzir sementara itu menyarankan orang ramai dan pengamal media supaya tidak membuat andaian dan tanggapan berdasarkan hanya daripada sumber yang terhad.

“Saya yakin fungsi mahkamah adalah untuk menentukan suatu fakta itu sah dan betul, berkenaan apa jua keterangan yang di berikan oleh mana-mana saksi di dalam perbicaraan.

“Semua pihak, termasuk saya sendiri hendaklah menghormati fungsi tersebut dan tidak mendahului mahkamah dalam hal ini.

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan