25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Proses penamaan calon di seluruh negara lancar – PM

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di seluruh negara berjalan lancar.

Katanya, mengikut laporan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, tiada insiden tidak diingini berlaku.

“Proses penamaan calon di Bera berjalan lancar dan sempurna, begitu juga saya dapat laporan daripada Ketua Polis Negara bahawa perkara sama di seluruh negara.

“Tiada insiden tercetus terutama melibatkan kekecohan di pusat penamaan calon, keadaan tenang dan proses sempurna di seluruh negara,” jelasnya lapor Astro AWANI.

Advertisements

Tambah Ismail Sabri, seramai 36,935 pegawai dan anggota terlibat dalam memastikan kawalan keselamatan di setiap pusat penamaan calon dalam keadaan terbaik.

“Terima kasih dan tahniah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjaya menyelesaikan proses penamaan begitu juga Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya lagi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas proses penamaan calon di Parlimen Bera, hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri antara calon yang disahkan secara rasmi bertanding bagi kerusi P.090 Parlimen Bera, berdepan dua saingannya daripada parti Pakatan Harapan (PH), Abas Awang dan Perikatan Nasional (PN), Datuk Asmawi Harun.

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan