28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, January 23, 2025

Perikatan Nasional lancar manifesto esok – Muhyiddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERIKATAN Nasional (PN) akan melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di Kuala Lumpur, esok.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perincian mengenai manifesto itu akan diumumkan pada majlis pelancaran tersebut.

“Esok, PN akan melancarkan manifesto atau aku janji kita. Ini akan saya perincikan esok mengambil kira semua perkara yang saya kira cukup penting untuk kita laksana dan tunaikan.

“Saya nak menyatakan bahawa kita tidak mahu berjanji, kita akan usahakan dan melaksanakan sepenuhnya apa yang kita janjikan dalam manifesto,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas proses penamaan calon Parlimen Pagoh di Pusat Konvensyen Hab Pendidikan Pagoh, hari ini.

Muhyiddin berkata, antara perkara yang ditegaskan dalam manifesto itu membabitkan soal ekonomi, alam sekitar, belia, sosial, pendidikan serta wanita.

“Ini akan kita maklumkan dan berharap ia mendapat tarikan daripada pengundi di seluruh negara,” katanya.

Mengenai pencalonannya bagi mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh, bekas Perdana Menteri itu berharap beliau memperoleh sokongan besar pengundi 19 November ini.

Advertisements

“Saya berdoa berkat usaha kita lakukan dan saya kira di Pagoh ini sudah sinonim dengan saya, lebih 40 tahun.

“Saya juga berharap rakan-rakan lain (calon PN) yang masuk ke pusat penamaan calon di seluruh negara juga akan diterima. Itu menunjukkan kita bersedia menawarkan kerajaan yang baik, prihatin, bersih dan stabil yang menjadi tagline PN.

“Jentera PN akan bekerja keras bagi memastikan pengundi keluar mengundi beramai-ramai,” katanya.

Beliau turut berharap, jumlah peratusan keluar mengundi pada PRU15 adalah tinggi terutama membabitkan pengundi muda dan pertama kali susulan pelaksanaan Undi18.

“Harapan kita supaya mereka memberi pertimbangan yang bijaksana untuk memilih parti yang mereka anggap boleh dipertanggungjawab, memikul amanah dan memahami masalah rakyat.

“Itu kami dalam PN janjikan, situasi keadaan sekarang belum pulih sepenuhnya dan wajar pengundi pilih calon PN bertanding termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Muhyiddin akan ditentang oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Razali Ibrahim dan wakil Pakatan Harapan (PH), Iskandar Shah Abd. Rahman.

Pada PRU-14 lalu, Muhyiddin yang bertanding atas tiket PH, memperoleh majoriti 6,927 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Hasil Aneka Jaringan rekod peningkatan 35.19 peratus

ANEKA Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan), pakar pembinaan bawah tanah dan asas, dengan mengumumkan peningkatan hasil sebanyak 35.19 peratus...

Lagi Artikel Berkaitan