26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Agong, Permaisuri berangkat kunjungan hormat ke atas Raja Charles III

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

YANG di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat melakukan kunjungan hormat ke atas Raja United Kingdom, Raja Charles III di Istana Buckingham, London, semalam.

Kunjungan hormat itu bersempena lawatan khas Seri Paduka Baginda berdua ke London, dari 10 hingga 16 Oktober 2022.

Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin, pada sesi kunjungan hormat itu yang berlangsung 40 minit, Raja Charles III berkenan menyantuni dan beramah mesra dengan Seri Paduka Baginda berdua.

“Raja Charles III dan Yang di-Pertuan Agong turut menyentuh isu-isu hubungan dua hala antara Malaysia dan UK.

“Antaranya isu alam sekitar dan pelancaran Battersea Power Station, projek hartanah ikonik pelaburan Malaysia di London, yang akan dirasmikan Seri Paduka Baginda selepas sesi kunjungan hormat itu.

Advertisements

“Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua mencerminkan keakraban Yang di-Pertuan Agong dengan Raja Charles III. Kedua-dua pemimpin telah menjalinkan persahabatan lebih empat dekad, bermula dengan bersukan polo bersama ketika remaja di pelbagai peringkat kejohanan antarabangsa,” katanya.

Ahmad Fadil berkata, kunjungan hormat itu yang juga pertemuan kali kedua antara kedua-dua pemimpin tahun ini, turut mencermin hubungan dua hala rapat antara Malaysia dan UK sejak kemerdekaan 65 tahun lalu.

Pada 18 September 2022 lalu, Seri Paduka Baginda berdua berkenan berangkat menghadiri Majlis Resepsi Bersama Baginda Raja Charles III yang telah dihoskan oleh Baginda di Istana Buckingham.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan berangkat menghadiri istiadat pemakaman negara Baginda Ratu Elizabeth II di Westminster Abbey pada 19 September lalu. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Malaysia melangkah bergaya ke separuh akhir Piala Thomas

MALAYSIA melangkah ke separuh akhir Piala Thomas selepas membenam juara edisi 2014, Jepun 3-1 di peringkat suku akhir Pusat...

Lagi Artikel Berkaitan