25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Saman kerana bubar Parlimen tindakan derhaka kepada Agong

Pembubaran Parlimen yang dibuat oleh Perdana Menteri pada 10 Oktober itu telah mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah

Mesti Baca

TINDAKAN bekas Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang memfailkan saman pemula terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana membubarkan Parlimen merupakan tindakan ingkar dan derhaka kepada Yang di-Pertuan Agong.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, ini kerana pembubaran Parlimen yang dibuat oleh Perdana Menteri pada 10 Oktober itu telah mendapat perkenan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata, keputusan Seri Paduka Baginda itu sudah tentu telah mengambil kira Monsun Timur Laut yang diramal bermula pertengahan bulan November.

Atas sebab itulah, katanya, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu diadakan dalam masa terdekat sepertimana Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tahun lalu, juga diadakan pada November.

“Tak perlu gunakan institusi mahkamah untuk perkara yang tiada manfaat seperti ini. Yang di-Pertuan Agong sudah membuat keputusan untuk perkenan pembubaran Parlimen. Kenapa nak ingkar dan derhaka?,” katanya menerusi Facebook beliau.

NAJMIL FAIZ MOHAMED ARIS

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria pula menganggap tindakan Charles Santiago itu hanya cubaan memainkan sentimen untuk mengelirukan rakyat.

Beliau berkata, rakyat sepatutnya mematuhi keputusan yang telah dibuat lebih-lebih lagi ia telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Sepatutnya tidak ada pertikaian-pertikaian, isu-isu dan sebagainya termasuk saman pemula yang telah dibuat seorang bekas ahli Parlimen (Charles), tapi pada saya itu (saman) untuk menimbulkan persepsi sahaja.

“Keputusan sudah pun dibuat, sebagai rakyat sepatutnya kita terimalah dengan nada dan hati yang tenang apatah lagi perkara ini sudah disembah maklum kepada Agong dan diperkenankan.

CHARLES SANTIAGO

“Janganlah semua perkara nak bawa ke mahkamah. Mahu atau tidak mahu, kita ikut sajalah sistem yang ada ini,” katanya seperti dilapor BBC Portal.

Charles Santiago memfailkan saman pemula itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa dengan menamakan Ismail Sabri, kerajaan dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)sebagai responden bagi menghalang PRU-15 diadakan.

Berdasarkan salinan saman pemula yang difailkan, Charles menuntut supaya satu deklarasi bahawa kuasa yang terletak pada Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 55(2), Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dilaksanakan mengikut Perkara 40(1) dan (1A). – Edisi 9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan