26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

PRU-15: SPR buka permohonan undi pos dalam dan luar negara

SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh penting PRU-15.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) memaklumkan permohonan undi pos dalam dan luar negara bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) kini dibuka serta-merta.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, manakala tarikh tutup permohonan akan dimaklumkan kelak selepas SPR bermesyuarat bagi menentukan tarikh-tarikh pilihan raya.

Menurut beliau, untuk permohonan undi pos bagi Kategori 1A iaitu membabitkan petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media hendaklah memohon secara manual menggunakan Borang 1A yang dimuat turun dari portal rasmi SPR di https://www.spr.gov.my dan dihantar ke Pejabat Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya berkenaan.

“Alamat dan maklumat Pejabat Pegawai Pengurus boleh dirujuk di portal rasmi SPR.

“Manakala bagi Kategori 1B iaitu membabitkan warganegara Malaysia yang berada di
luar negara dan 1C membabitkan agensi atau organisasi pula, permohonan hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online) melalui portal beralamat https://myspr.spr.gov.my/login,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Ikmalrudin berkata, SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh penting PRU-15.

Advertisements

Ia susulan Proklamasi Pembubaran Parlimen Ke-14 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Bangunan Perdana Putra dekat Putrajaya, petang tadi.

“Mesyuarat itu juga akan mengambil kira pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Bugaya, Sabah pada suatu tarikh akan dimaklumkan kelak.

Terdahulu, Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno, mengumumkan beliau mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi pembubaran Parlimen Ke-14, berkuat kuasa hari ini.

Ia selaras Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, apabila Yang di-Pertuan Agong bertindak menurut budi bicara baginda untuk memperkenankan permintaan itu.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan