28.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

MARA taja 1,300 pelajar cemerlang ke luar negara

MARA membelanjakan antara RM600,000 hingga RM1.2 juta bagi setiap pelajar.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Amanah Rakyat (MARA) menaja 1,300 pelajar cemerlang melanjutkan pengajian ke luar negara tahun ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, MARA membelanjakan antara RM600,000 hingga RM1.2 juta bagi setiap pelajar.

“Mereka adalah anak-anak dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang cemerlang dan dihantar belajar ke luar negara kerana kita nak bagi mereka peluang seterusnya kembali memberi sumbangan kepada negara sama ada menjadi jurutera, peguam, doktor mahupun arkitek,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program Mini Karnival Aspirasi Keluarga Malaysia FELCRA di Kolej MARA Banting, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi FELCRA Bekalan & Perkhidmatan Sdn Bhd, Noorazli Said dan Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Datuk Mat Roni Zakaria.

Advertisements
Mahdzir ketika berucap pada program Mini Karnival Aspirasi Keluarga Malaysia FELCRA di Kolej MARA Banting, hari ini.

Sementara itu kata Mahdzir, penganjuran mini karnival oleh FELCRA di seluruh negara itu, adalah salah satu usaha agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk menyampaikan pelbagai perkhidmatan.

Antaranya bidang pendidikan, kesihatan dan keusahawanan kepada masyarakat di luar bandar.

Mini karnival itu antara lain turut menganjurkan aktiviti jualan murah barangan keperluan harian di bawah harga pasaran.

Sebelum ini Mini Karnival Aspirasi Keluarga Malaysia FELCRA diadakan di Rantau Panjang dan Machang di Kelantan dan Telemong di Terengganu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sekat penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara – Zambry

SEKATAN terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka. Justeru,...

Lagi Artikel Berkaitan