28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

MOF nafi keluar surat minta wang masuk akaun

Kaedah berkenaan merupakan penipuan terkini yang dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) menegaskan tidak pernah mengeluarkan sebarang surat yang meminta mana-mana pihak membuat pembayaran bagi mendapatkan jumlah wang tertentu masuk ke akaun mereka.

MOF dalam satu hantaran Facebook menyatakan, kaedah berkenaan merupakan penipuan terkini yang dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Ini adalah salah satu penipuan terkini yang sedang berleluasa dilakukan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Orang ramai diminta agar lebih berhati-hati dengan sebarang tawaran dengan pulangan yang tinggi dengan cara yang mudah,” kata kementerian itu hari ini.

Advertisements

MOF mengeluarkan kenyataan tersebut bagi mengulas mengenai satu taktik penipuan menggunakan nama dan surat rasmi kementerian itu yang dikesan semakin berleluasa.

FOTO: Facebook Kementerian Kewangan

Menerusi kenyataan tersebut, kementerian itu turut memuat naik gambar surat dimaksudkan yang tertera kepala surat MOF beserta nombor rujukan yang mengarahkan penama tertentu membuat pembayaran untuk pengaktifan akaun sandaran.

Pengaktifan akaun sandaran itu dipercayai bagi membolehkan penama menerima wang tertentu dipindahkan ke dalam akaun mereka. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan