24.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Kerajaan setuju teruskan 4 projek bawah ECERDC – Ismail Sabri

Antara projek yang diluluskan ialah pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3) dari Gemuroh, Terengganu ke Pengkalan Kubor, Kelantan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN hari ini bersetuju untuk meneruskan pelaksanaan empat projek di bawah Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua projek tersebut diputuskan dalam mesyuarat ECERDC di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan di Kota Bharu.

Menurut beliau, projek tersebut ialah pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3) yang bermula dari Gemuroh, Terengganu ke Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan sejauh 147 kilometer (km).

“Kedua, projek tebatan banjir di Rantau Panjang Golok Fasa 2 yang telah diluluskan dengan kos sebanyak RM897 juta.

“Ketiga, projek pelebaran jalan Lebuh Raya Kuantan, Pahang-Segamat, Johor Fasa 2 yang melibatkan jajaran dari Runchang ke Simpang Tiga, Keratong sepanjang 51 km.

“Keempat, pembangunan kawasan bandar-bandar bersempadan dengan Thailand iaitu membina jambatan Sungai Golok di Rantau Panjang dan Jambatan Tak Bai-Pengkalan Kubor,” katanya.

Advertisements

Terdahulu, dalam mesyuarat berkenaan, Ahli Parlimen Bera itu berkata, kerajaan sentiasa berlaku adil dengan semua negeri dalam melaksanakan pembangunan.

Menurutnya, beliau menghargai usaha ECERDC dalam menerajui inisiatif-inisiatif pemulihan ekonomi negara di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), melalui pelaksanaan pelbagai program pembangunan modal insan, projek-projek strategik dan penarikan pelaburan baharu.

“Usaha ini telah berjaya merancakkan lagi kegiatan ekonomi di ECER dan seterusnya menambah baik kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya.

Beliau berkata mengambil kira perkembangan semasa dan Pelan Induk ECER 2.0 yang akan berakhir pada 2025, ECERDC perlu menjalankan Kajian Pelan Induk ECER 3.0 untuk merangka pelan pelaksanaan sosioekonomi sehingga 2030.

“Saya difahamkan bahawa perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut nanti,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan