Sunday, June 14, 2026

Bawa kemerdekaan negara, pencapaian terbesar UMNO

Itu semua tidak akan terzahir tanpa semangat kebersamaan dan kesetiaan para pimpinannya yang bergerak sebagai sebuah pasukan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEJAYAAN membawa kemerdekaan kepada tanah air pada 31 Ogos 1957 antara kejayaan terbesar UMNO yang tidak akan sesekali dilupakan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden UMNO itu berkata, UMNO melakukannya semata-mata kerana sayangkan negara demi memastikan masa depan tanah air bangkit dengan keazaman serta jati diri yang luhur dan tulus.

“Syukur Alhamdulillah UMNO sejak kemerdekaan negara telah pun membawa kemakmuran, kestabilan dan kesejahteraan ke seluruh pelosok tanah air.

“Itu semua tidak akan terzahir tanpa semangat kebersamaan dan kesetiaan para pimpinannya yang bergerak sebagai sebuah pasukan walau apa halangan mendatang,” katanya menerusi Facebooknya hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, meskipun berdepan pelbagai cabaran, UMNO sukses menguruskan negara yang terdiri pelbagai kaum, budaya, agama dengan cemerlang, gemilang dan terbilang.

“Berdepan dengan kelompok yang tidak pernah jemu cuba mengubah nilai kemerdekaan kita agar selari dengan agenda songsang dan cauvinis mereka.

“Namun kita yakin muslihat mereka tidak akan berjaya selagi Umno terus kuat berpegang kepada prinsip perjuangannya dan menjadi benteng kemerdekaan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan