34.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 19, 2024

Wanita ditahan kes dera bayi, suami diburu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG wanita yang juga ibu ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes kematian bayi lelakinya semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Ahmad Farouk Eshak berkata, pada Sabtu lepas, pengadu yang juga pegawai perubatan Hospital Tunku Azizah telah menerima pesakit (bayi) berusia enam bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat muntah dan sawan.

Menurutnya, setelah pemeriksaan dijalankan terdapat kesan lebam di bahagian peha kanan dan kening atas mata mangsa.

“Bayi lelaki itu disahkan meninggal dunia semalam pada pukul 4.30 petang.

“Sehubungan dengan itu, pengadu mengesyaki terdapat unsur penderaan terhadap bayi terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menahan ibu mangsa warga tempatan berusia 34 tahun pada pukul 8.40 malam di lobi hospital.

“Suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah kedai elektirk di ibu kota tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau manakala ujian saringan awal air kencing didapati bebas sebarang jenis dadah.

“Wanita itu kini direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,”ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Farouk memberitahu, polis kini sedang giat mengesan suami wanita terbabit iaitu seorang lelaki warga Indonesia berusia 31 tahun untuk membantu siasatan.-Edisi 9

Terkini

Stoking kalimah Allah: KK Mart akan dipanggil bantu siasatan

POLIS akan memanggil pihak KK Supermart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) dan beberapa individu lain bagi membantu...

Lagi Artikel Berkaitan