30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

PRU-15: MCA perlu kerja keras pastikan BN menang

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PRESIDEN MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mengingatkan pemimpin dan ahli parti itu supaya tidak berasa terlalu selesa sebaliknya terus bekerja keras demi kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Justeru, beliau berkata, gerak kerja akan terus dipertingkatkan dan usaha dilipat gandakan bagi meraih sokongan rakyat agar terus memberi mandat serta kepercayaan kepada BN.

“Saya mengingatkan pemimpin dan ahli MCA kesemua peringkat supaya tidak terlalu selesa, sebaliknya terus bekerja keras demi kemenangan BN pada PRU-15 akan datang,” katanya menerusi Facebook, hari ini.

Terdahulu, beliau mempengerusikan Mesyuarat Jentera PRU-15 MCA Johor, hari ini.

Advertisements

Turut hadir, Timbalan Pengerusi MCA Negeri Johor, Datuk Lim Pay Hen dan Setiausaha MCA Johor, Datuk Ng Keng Heng.

Dalam pada itu, Ka Siong berkata, MCA Johor telah bersiap sedia untuk menghadapi PRU-15 dan bertekad untuk memastikan kemenangan BN.

“Kita berharap rakyat akan terus memberi mandat serta kepercayaan kepada BN, sepertimana sokongan padu yang diberikan pada PRN Johor lalu,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan