30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Ismail Sabri imbau zaman jadi pemimpin pelajar di UM

Tajuk tesis Ijazah Sarjana Undang-undang (LLB) beliau ialah “Layanan terhadap tahanan politik di Malaysia”.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengimbau kembali kenangan beliau semasa menjadi pemimpin pelajar di Universiti Malaya (UM).

Ismail Sabri dalam satu hantaran di Facebook turut berkongsikan gambar kenangan bersama Persatuan Mahasiswa Universiti Malaysia 1982/1983.

Menurut beliau, gambar berkenaan menggamit memori sebagai pemimpin pelajar yang banyak memperjuangkan isu rakyat.

“Bergambar bersama ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UM ketika saya menjawat jawatan Presiden Persatuan Mahasiswa UM selepas bermesyuarat dengan Allahyarham Professor Diraja Ungku Aziz.

”Menjadi pemimpin pelajar banyak membentuk pemikiran saya dalam perjuangan membela rakyat,” katanya hari ini.

Ismail Sabri yang merupakan anak penoreh getah serta dilahirkan di Temerloh, Pahang berkenaan merupakan graduan Fakulti Undang-undang UM.

Tajuk tesis Ijazah Sarjana Undang-undang (LLB) beliau bertajuk Layanan Terhadap Tahanan Politik di Malaysia.

Perkongsian berkenaan mendapat pelbagai reaksi serta pujian dari warganet yang rata-ratanya menyedari kualiti pelajar universiti di era berkenaan.

Menurut pemilik akaun Facebook bernama Abdullah Pak Lah MY, adalah sesuatu yang bukan biasa-biasa sekiranya dapat menjadi sebahagian daripada ahli jawatankuasa persatuan pelajardi universiti.

“Bermakna semangat dan jati diri Pak Long (Ismail Sabri) telah dibentuk sewaktu masih lagi bergelar pemimpin Mahasiswa. PM (Perdana Menteri) Kebanggaan Kami Semua,” katanya.

Bagi Che Putih Che Mat pula, Ismail Sabri sememangnya sangat layak menjadi pemimpin Keluarga Malaysia.

“Terbaik DSIS (Datuk Seri Ismail Sabri,” kata Che Putih Che Mat.

-EDISI9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan