33.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

5,330 kes baharu Covid-19 semalam, terus catat peningkatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes baharu Covid-19 terus menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 5,330 kes telah direkodkan semalam, berbanding 4,204 kes kelmarin

Berdasarkan data yang dikongsikan laman web CovidNow, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 13 kes import dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,654,852 kes.

Sebanyak 2,245 kes aktif turut dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kumulatif kes aktif kini mencecah 46,523 kes.

Dalam pada itu, sejumlah 3,075 kes sembuh dilaporkan semalam dengan jumlah kumulatif pulih daripada Covid-19 kini mencecah 4,610,282 orang.

Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2,054 kes.

Advertisements

Diikuti Kuala Lumpur (1,449), Perak (316), Sabah (277), Negeri Sembilan (227), Pulau Pinang (195), Melaka (169), Kedah (137), Johor (112) dan Sarawak (92).

Turut menyumbang kepada peningkatan kes harian semalam adalah Putrajaya (81), Kelantan (71), Pahang (66), Terengganu (47), Perlis (24) dan Labuan (11).

Pada masa sama, sebanyak 11 kematian telah dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,995 dan BID 7,647.

Menerusi data yang sama, sebanyak 44,885 kes dikuarantin di rumah dilaporkan semalam.

Sementara, 29 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,560 kes di hospital, 15 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 34 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

Menangi lebih RM400,000 menerusi Anugerah HONOR Magic Moments 2024

ANUGERAH HONOR Magic Moments mengadakan pertandingan fotografi mudah alih global tahunan ke empat dan kini menerima penyertaan untuk 2024. Pertandingan...

Lagi Artikel Berkaitan