26.3 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

TFC beri amaran kepada peniaga barangan tiruan kelab

Menjelang aksi separuh akhir Piala FA 2022 menentang Selangor FC Sabtu ini

Mesti Baca

TERENGGANU Football Club Sdn Bhd (TFCSB) akan memastikan tiada peniaga yang mengambil kesempatan menjual barangan tiruan yang menggunakan logo kelab tersebut menjelang perlawanan separuh akhir Piala FA, Sabtu ini.

Untuk itu, TFCSB akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk menggempur mana-mana peniaga yang ingkar.

Kelab itu menerusi Facebook berkata, pihaknya dan KPDNHEP akan membuat semakan berkala sepanjang perlawanan tersebut di sekitar tempat penjualan di perkarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

“TFCSB memandang tegas terhadap hak cipta jenama kelab ini,” kata kenyataan itu.

“Jika didapati sebarang barang jualan adalah bukan rasmi yang dikeluarkan kelab, tindakan akan diambil ke atas peniaga-peniaga yang terbabit.

“Sokong kelab kita dengan mendapatkan barangan jualan yang asli!,” katanya.

Dalam aksi separuh akhir itu, Terengganu FC akan menerima kunjungan Selangor FC dan tiket-tiket bagi perlawanan tersebut telah habis dijual.

Untuk rekod, Terengganu FC menempah slot ke separuh akhir Piala FA tahun ini selepas menumpaskan Kuching City 4-1.

Sementara itu, Pemuda UMNO DUN Kemasik akan mengadakan tayangan secara langsung perlawanan Terengganu FC menentang Selangor FC, Sabtu ini.

Menurut jurucakapnya, tayangan layar lebar itu akan diadakan di Bangunan UMNO Kertih bermula 9 malam.

Beliau berkata, tayangan itu bagi memberi peluang kepada para peminat dan penyokong TFC memberi sokongan kepada kelab kebanggaan negeri keropok lekor itu.

“Kita mengalu-alukan kepada semua peminat dan penyokong TFC di Kertih dan sekitarnya untuk beramai-ramai memberi sokongan kepada kelab kita menerusi skrin besar yang kami sediakan.

“Kita juga akan menyediakan hadiah cabutan bertuah dan makanan juga kami sediakan,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)...

Lagi Artikel Berkaitan