29.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 3, 2022

5,330 kes baharu Covid-19 semalam, terus catat peningkatan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH kes baharu Covid-19 terus menunjukkan peningkatan apabila sebanyak 5,330 kes telah direkodkan semalam, berbanding 4,204 kes kelmarin

Berdasarkan data yang dikongsikan laman web CovidNow, daripada jumlah berkenaan, sebanyak 13 kes import dilaporkan yang menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,654,852 kes.

Sebanyak 2,245 kes aktif turut dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kumulatif kes aktif kini mencecah 46,523 kes.

Dalam pada itu, sejumlah 3,075 kes sembuh dilaporkan semalam dengan jumlah kumulatif pulih daripada Covid-19 kini mencecah 4,610,282 orang.

Selangor terus mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 2,054 kes.

Diikuti Kuala Lumpur (1,449), Perak (316), Sabah (277), Negeri Sembilan (227), Pulau Pinang (195), Melaka (169), Kedah (137), Johor (112) dan Sarawak (92).

Turut menyumbang kepada peningkatan kes harian semalam adalah Putrajaya (81), Kelantan (71), Pahang (66), Terengganu (47), Perlis (24) dan Labuan (11).

Baca juga:   Solidariti PAS, UMNO Selangor tolak lantikan PeKT

Pada masa sama, sebanyak 11 kematian telah dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35,995 dan BID 7,647.

Menerusi data yang sama, sebanyak 44,885 kes dikuarantin di rumah dilaporkan semalam.

Sementara, 29 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,560 kes di hospital, 15 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 34 kes di ICU dengan bantuan pernafasan.-Edisi 9

Baca juga:   Pencemaran bau Sungai Selangor, lebih 1.1 juta akaun terjejas

Wartawan

Terkini

Tahniah UMNO dan DAP, selamat pengantin baru’ – Shahidan

AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim secara sinis mengucapkan tahniah atas ‘perkahwinan’ antara Umno-Barisan Nasional (BN) dan DAP. Shahidan...

Lagi Artikel Berkaitan