36 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Bar emas, pelbagai hadiah menanti pengunjung MAHA 2022

MAHA 2022 berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang mulai hari ini sehingga 14 Ogos.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERTUBUHAN Peladang Kebangsaan (NAFAS) akan menawarkan hadiah bar emas seberat 50 gram menerusi peraduan jawab dan menang yang dianjurkan kepada pengunjung bertuah Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022.

Pemangku Pengurus Besar NAFAS, Saripol Baharin Karim berkata, hadiah istimewa itu hanya akan diberi kepada seorang pengunjung yang memenangi peraduan itu di MAHA 2022 bermula hari ini hingga 14 Ogos.

“Melalui peraduan jawab dan menang, pengunjung yang berkunjung ke Pavilion NAFAS di Dewan A, Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang hanya perlu menjawab soalan mudah dan berpeluang menyertai cabutan bertuah.

“Selain bar emas, pengunjung juga berpeluang memenangi te­lefon bimbit, basikal lipat, tablet, seterika stim, televisyen dan pelbagai lagi hadiah-hadiah yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, NAFAS turut menawarkan jualan harga murah beberapa produk terpilih daripada jenama Peladang dan jualan penghabisan stok minyak pelincir jenama NAFASLUBE.

“NAFAS juga akan menampilkan tiga cef yang akan membuat demo masakan berasaskan produk jenama Peladang iaitu Cef Naem, Cef Danish Harraz dan Cef Zam Akmal di Pentas Utama, Dewan A.

“Selain itu, NAFAS terlibat sama di Laman Mekanisasi, Laman Padi dan Laman Agroedutainment yang akan turut dimeriahkan dengan aktiviti serta mempamerkan produk-produk keluaran NAFAS,” katanya.

Mengulas lanjut, Saripol Baharin berkata, maklumat lanjut berkenaan aktiviti dan program anjuran Nafas sepanjang 11 hari di MAHA 2022 boleh didapati dengan melayari platform media sosial NAFAS.

Ujarnya, pengunjung dan pemain industri dijemput hadir melihat produk NAFAS di MAHA.-Edisi 9

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan