26.1 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Sukan Komanwel: Skuad badminton melangkah ke suku akhir

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA berjaya melangkah ke suku akhir acara badminton berpasukan campuran selepas menewaskan Jamaica 5-0 dalam saingan Kumpulan D temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 hari ini.

Dalam perlawanan berlangsung di National Exhibition Centre hari ini, beregu campuran Chan Peng Soon-Cheah Yee See menyumbang mata pertama selepas menewaskan Joel Angus-Katherine Wynter 21-5, 21-12 diikuti perseorangan negara Ng Tze Yong mengalahkan Samuel Ricketts 21-12, 21-16.

Pemain perseorangan wanita profesional negara Goh Jin Wei meneruskan rentak cemerlang negara apabila mengecewakan Thalia Richardson 21-2, 21-5 untuk mata ketiga.

Advertisements

Beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula melebarkan jurang mata apabila menewaskan gandingan Angus-Ricketts 21-7, 21-11.

Manakala beregu wanita Pearly Tan-M Thinaah menewaskan Richardson-Wynter 21-8, 21-2 untuk melengkapkan kemenangan skuad badminton negara.

Malaysia yang mengecewakan Zambia 5-0, akan berdepan Afrika Selatan bagi melengkapkan perlawanan peringkat kumpulan, esok.-BERNAMA

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan