31.9 C
Kuala Lumpur
Tuesday, August 9, 2022

Semarakkan Hari Kebangsaan, warnai Jalur Gemilang di setiap premis

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru rakyat Malaysia menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini dengan mewarnai dan menghiasi premis dengan Jalur Gemilang bagi mencerminkan rasa cinta kepada tanah air.

Menurutnya, selain mengibar bendera kebanggaan negara, cara lain untuk membuktikan cinta kepada Malaysia ada dengan mengamalkan nilai murni dalam diri, bekerjasama dan mengamalkan toleransi.

“Selain itu, rasa cinta juga boleh ditunjukkan dengan mendukung segala inisiatif kerajaan dan mengelak daripada menyebarkan berita tidak sahih,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 di Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri berkata, Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ amat bersesuaian dengan iltizam dan konsep keharmonian sebuah keluarga besar berteraskan keterangkuman, kebersamaan dan
kesyukuran.

“Teguh Bersama merujuk kepada kekuatan dan kesepaduan kolektif oleh Keluarga Malaysia dalam mengharungi pelbagai cabaran dengan semangat sebuah keluarga.

Baca juga:   Kibar Jalur Gemilang tanda solidariti lawan COVID-19

“Justeru, semangat Keluarga Malaysia Teguh Bersama ini harus disemarakkan dan dihayati oleh segenap lapisan masyarakat dalam usaha kita menyejahterakan kehidupan rakyat ketika mendepani cabaran ekonomi global.

“Saya yakin, apabila kita melakukannya secara bersama-sama, tiada siapa yang mampu mengganggu-gugat keteguhan Keluarga
Malaysia. Bak kata perumpamaan ‘segenggam lidi sukar dipatahkan berbanding sebatang lidi’,” katanya.

Tambah beliau, sambutan Hari Kebangsaan dan kibar Jalur Gemilang diadakan bagi memperingati perjuangan kebebasan yang dikecapi Keluarga Malaysia dalam mengurus pentadbiran negara sendiri setelah dijajah oleh kuasa asing.

Baca juga:   FDAM bantah iklan rasis, desak KKMM, FINAS ambil tindakan

“Walaupun tidak lagi dibelenggu penjajah, namun Keluarga Malaysia sentiasa berdepan dengan cabaran yang datang dari luar yang boleh menggugat keharmonian yang terjalin selama ini.

“Setelah kita berjuang memerangi Pandemik COVID-19 sejak dua tahun lepas, negara kini dalam Fasa Peralihan ke Endemik dan Keluarga Malaysia mula menikmati kesejahteraan hidup seperti sebelum pandemik melanda dunia,” katanya.

Program Berjalan Teguh Bersama bersempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2022 pada pagi Sabtu di Putrajaya berlangsung dalam suasana penuh semangat patriotik, meriah dan warna-warni.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa (MenKOMM) bersama Jemaah Menteri turut menyertai lebih 15,000 peserta program berjalan secara santai sejauh 2.7 kilometer itu.

Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang di Putrajaya merupakan acara pertama bagi sambutan Hari Malaysia dengan selepas ini disusuli Sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Dataran Merdeka Kuala Lumpur dan Sambutan Hari Malaysia pada 16 September di Melaka.-Edisi 9

Baca juga:   Syed Saddiq pula mahu tubuh parti baharu

Terkini

Pelajar cedera tangki pecah di SMK Melor – Radzi Jidin

BEBERAPA pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor di Ketereh, Kelantan cedera dalam kejadian tangki air pecah hari ini. Menteri Kanan...

Lagi Artikel Berkaitan