24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Janji kepada rakyat dahulu macam mana?

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

“JANJI kepada rakyat dahulu macam mana? Itu wajib bahkan lebih utama untuk ditunaikan,” soal Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau membidas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya menunaikan janji yang dibuat dengan Perikatan Nasional (PN).

Asyraf Wajdi turut menyoal Muhyiddin berhubung janji kepada rakyat ketika beliau bersama Pakatan Harapan (PH) menerusi manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang masih banyak belum ditunaikan.

Beliau berkata, janji kepada rakyat itu adalah lebih utama dan wajib ditunaikan, selain menasihati Muhyiddin supaya tidak bersikap selektif dalam menunaikan janji.

“Waktu bersama dengan PH dahulu, macam-macam janji dalam manifesto. Cuba ingat balik dan senaraikan janji-janji manifesto dahulu yang tidak ditunaikan.

“Akhirnya janji dicapatikan. Manifesto bukan Kitab Suci. Jangan selektif dalam berjanji. Usah pilih-pilih dalil yang hanya memenuhi kepentingan diri,” katanya menerusi Facebook.

Advertisements

Semalam, Muhyiddin yang juga Pengerusi PN dan Presiden Bersatu berkata, Ismail Sabri perlu menunaikan apa perjanjian yang dibuat dengan partinya ketika mahu dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Itu perjanjian (antara PN dengan Ismail Sabri). Kalau dalam Islam, janji mesti ditunaikan. Jadi ini bukan ugut.

“UMNO nak kata apa pun, boleh tapi (hal) ini antara Ismail Sabri ketika dia belum menjadi Perdana Menteri dengan PN,” katanya.

PN sebelum ini menuntut Ismail Sabri melantik seorang Timbalan Perdana Menteri daripada kalangan Ahli Parlimen PN.

Parti itu juga kecewa Perdana Menteri masih mengekalkan jawatan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Kabinet walaupun Ahli Parlimen Ampang itu telah meninggalkan Bersatu.

PN menuntut kerusi yang diduduki Zuraida diserahkan kepad Ahli Parlimen Bersatu memandangkan ia kuota milik parti itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan