27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Solat Subuh di masjid dapat wang saku ke sekolah RM5?

Mesti Baca

Mohd Naim Aziz
Mohd Naim Aziz
Jurufoto Sambilan Edisi 9

KANAK-KANAK dan remaja yang menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid akan menerima wang saku ke sekolah sebanyak RM5 seorang.

Langkah sebegini kelihatan melanggar normal namun ternyata ia berkesan bagi menarik golongan tersebut berjinak-jinak ke masjid sebelum ke sekolah.

Itulah yang dilakukan oleh Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah (MJTAAS) Sungai Penchala, Damansara di ibu negara.

Pengerusi Jawatankuasa MJTAAS, Abd Malik Junin berkata, program serampang dua mata itu bukan sahaja untuk menarik golongan terbabit mengimarahkan masjid sejak kecil tetapi juga mengajak mereka sama-sama berjemaah.

Beliau berkata, program pemberian wang saku ke sekolah itu melibatkan kanak-kanak dan remaja di alam persekolahan termasuklah tadika dan diadakan pada hari persekolahan sahaja.

“Apa yang menarik apabila ibu bapa membawa anak-anak mereka terutama yang tadika, sudah tentu mereka turut serta berjemaah Subuh bersama.

“Pemberian wang ini adalah hasil sumbangan jemaah dan dana infaq daripada golongan golongan usahawan mahupun korporat,” katanya kepada Edisi 9 baru-baru ini.

Abd Malik berkata, jumlah kehadiran kanak- kanak ke masjid pada waktu Subuh kini meningkat melebihi 50 orang pada hari-hari persekolahan berbanding kurang daripada 10 orang sebelum ini.

Advertisements

Beliau berkata, pemberian wang itu bukanlah sebagai rasuah tetapi lebih kepada bantuan perbelanjaan persekolahan kepada anak-anak kariah.

“Dalam situasi masa kini yang mana harga barang keperluan dan makanan naik. Bayangkan sebuah keluarga mempunyai ramai anak yang ke sekolah, sudah tentu perbelajaan harian mereka amat tinggi.

“Justeru kami buat program ini untuk manfaat bersama. Anak dan ayah juga dapat menunaikan solat subuh berjemaah bersama di masjid,” katanya.

Abd Malik berkata, program itu baharu diperkenalkan dan diharap dapat dilaksanakan secara berterusan, namun bergantung kepada infaq yang diterima.

Sehubungan itu beliau menyeru kepada orang ramai terutama kalangan korporat untuk berinfaq bagi memastikan bantuan wang saku ke sekolah itu dapat diteruskan.

Untuk rekod, MJTAAS merupakan masjid jamek tertua di kawasan sekitar Sungai Penchala, Taman Tun Dr. Ismail dan Bukit Lanjan serta boleh memuatkan kapasiti 1,500 jemaah dalam satu-satu masa.

Infaq boleh disalurkan menerusi Bank Rakyat atas nama “Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah” no. akaun: 1100-4722-16. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pendapatan Aneka Jaringan mengukuh kepada RM54.2 juta

ANEKA Jaringan Holdings Berhad (Aneka Jaringan) pakar pembinaan bawah tanah dan asas, terus menunjukkan daya tahan dan pertumbuhan dalam...

Lagi Artikel Berkaitan