28.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Suspek bunuh suami direman tujuh hari

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG suri rumah yang ditahan selepas dipercayai memukul suaminya hingga maut di Taman Daya pada Jumaat ditahan reman tujuh hari sehingga 22 Julai depan.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Melody Woon Sze Mun.

Wanita berusia 36 tahun itu tiba di mahkamah pada jam 8.45 pagi diiringi polis.

Semalam seorang lelaki ditemukan maut di kediamannya dipercayai dipukul isterinya di tingkat 3, blok 14, Flat Nipah di Taman Daya.
Mangsa, Lee Ming How, 44, ditemukan dalam keadaan terbaring.

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 7.50 pagi semalam di kediaman keluarga disaksikan anak mangsa berusia 11 tahun.

Advertisements

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat dalam satu kenyataan berkata, suspek juga positif jenis dadah methapethamine dan amphetamine.

Katanya polis sedang mengesan seorang lagi suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes ini dan boleh membantu siasatan.

“Hasil siasatan awal polis juga mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka dan kepala dipercayai diserang dengan objek tumpul.

“Wanita terbabit juga mempunyai tiga rekod lampau iaitu dua kes berkaitan dadah dan satu kes jenayah mendatangkan kecederaan,”katanya lapor Astro AWANI.

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan