31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Malindo Air dijenamakan semula sebagai Batik Air

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALINDO Air mencipta sejarah tersendiri selepas 10 tahun bertapak dalam industri penerbangan Malaysia apabila dijenamakan semula sebagai Batik Air, di bawah pengurusan syarikat Lion Air Group.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata penjenamaan semula dengan nama Batik Air adalah usaha syarikat itu dalam meneruskan perkhidmatan bagi perjalanan udara yang kompetitif di Malaysia dan Asia Pasifik.

Beliau turut menyempurnakan Pelancaran Pesawat Boeing 737-8, di mana Batik Air menjadi penerbangan pertama di Malaysia menggunakan pesawat tersebut, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

“Dalam ucapan, saya turut mengingatkan kepada syarikat penerbangan supaya sentiasa menitik-beratkan soal kebajikan penumpang, terutama berkaitan harga tambang.

“Saya mahu tambang dikenakan oleh mana-mana syarikat penerbangan tidak membebankan penumpang.

Advertisements

“Dalam kita berusaha untuk memulihkan industri penerbangan, kita tidak boleh mengabaikan kepentingan rakyat sebagai pengguna, lebih-lebih lagi ketika berdepan dengan waktu sukar akibat pelbagai kesan global,” katanya.

Ka Siong juga menggesa pengendali dan syarikat penerbangan untuk terus mematuhi dan mengikut piawaian peraturan ditetapkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Ujar beliau, ia penting kerana Malaysia akan menghadiri Perhimpunan Agung ICAO ke-41 yang diadakan tiga tahun sekali pada September ini, untuk pemilihan semula dan mempertahan kerusi Ahli Majlis ICAO yang disandang selama enam penggal berturut-turut bagi Kategori III untuk 2022-2025.

“Selain itu, saya menyentuh tentang peranan KLIA sebagai hab penerbangan terpenting yang turut menjadi transit penumpang termasuk dari Indonesia untuk ke/dari destinasi-destinasi dalam Asia Pasifik.

“Justeru, dengan kerjasama erat Lion Air Group menerusi Batik Air bersama pihak KLIA, ini akan membawa banyak manfaat selain membuka cabang ekonomi yang lebih luas di masa akan datang,” katanya.-Bernama

Advertisements

Terkini

8000 pelari sertai Twincity Marathon 2024 

TWINCITY Marathon 2024 telah mencatatkan jumlah peserta yang mengagumkan, dengan lebih daripada 8000 peserta daripada 24 negara menyertainya. Twincity Marathon, sebuah acara...

Lagi Artikel Berkaitan