31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Syria Care bimbang penularan wabak Covid-19 di Idlib

Mesti Baca


KUALA LUMPUR – Syria Care memandang serius penularan wabak Covid-19 yang mula dikesan di Bab Hawa, Idlib, Syria.

Pengerusi Syria Care, Siti Sakinah Meor Omar Baki dalam satu kenyataan hari ini berkata, kes pertama membabitkan doktor perubatan warga tempatan yang memasuki negara itu dari Turki disahkan Khamis lalu.

‘’Berikutan perkembangan itu, Syria Care dan kesemua rakan kerjasama telah mengambil segala langkah sepatutnya dengan mematuhi Piawaian Operasi Standard (SOP) sebagaimana yang disaran Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) bagi mengekang dan memutuskan rangkaian Covid-19,’’ katanya.

SITI SAKINAH

Semalam, Ketua Pejabat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Gazientep Turki, Mamoud Daher berkata, mangsa adalah doktor berusia 30 an yang bertugas di salah sebuah hospital di Bab al Hawa.

Advertisements

Katanya, perkembangan itu membimbangkan kerana keadaan persekitaran yang padat dengan pelarian selain kekurangan kemudahan kesihatan.

“Kami perlu pertingkatkan usaha dengan semua pihak di lapangan untuk memastikan tiada jangkitan Covid-19, jika tidak ia menjadi masalah besar” katanya seperti yang dilapor France 24.

Mengulas lanjut, Siti Sakinah berkata, pihaknya turut memantau perkembangan itu dan melakukan penilaian mengenai keperluan semasa.

Sebelum ini, kes Covid-19 hanya disahkan berlaku di kawasan yang dikuasai rejim Bashar al Assad. Damsyik mengesahkan 372 kes jangkitan dengan jumlah kematian 14 nyawa. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan