Thursday, June 4, 2026

Amuk: MPV polis hangus dibakar

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEBUAH kereta peronda polis (MPV) hangus susulan dibakar dalam kejadian amuk di Kampung Silicon, Nenasi, Pekan, Pahang, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 11.47 malam.

Menurutnya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nenasi, Pekan bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

“Berdasarkan laporan, kebakaran dipercayai dilakukan seorang pekerja ladang yang mengamuk apabila sengaja membakar kenderaan itu.

“Setibanya di tempat kejadian, operasi pemadaman tidak dapat dijalankan serta-merta disebabkan faktor keselamatan.

“Bagaimanapun, atas arahan Ketua Balai Polis Nenasi, anggota bomba dibenarkan untuk menjalankan operasi pemadaman selepas keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ujar Ismail lagi, siasatan awal mendapati kemusnahan akibat kebakaran adalah 100 peratus.

Menurutnya, pasukan bomba meminta bantuan Unit K9 untuk membantu siasatan kebakaran.

-EDISI9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan