26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

352,469 warga Indonesia bekerja di Malaysia

Memorandum Persefahaman berhubung Penggajian dan Perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia di Malaysia akan ditandatangani Jumaat ini

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 352,469 pekerja warga Indonesia bekerja di negara ini dengan majoritinya dalam sektor perladangan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan.

Beliau berkata, berdasarkan statistik sehingga bulan lalu, daripada jumlah itu, seramai 98,421 bekerja di sektor perladangan manakala pembinaan (65,660), perkilangan (67,217), pekhidmat domestik (58,438), pertanian (43,953) dan perkhidmatan (18,779).

Menurutnya, Memorandum Persefahaman berhubung Penggajian dan Perlindungan Pekhidmat Domestik Indonesia di Malaysia (MoU PDI) ditandatangani untuk kali pertama pada 2006 dan tamat tempoh pada 2011 dan kemudiannya diperbaharui sehingga 2016.

“Namun selepas tempoh itu, MoU PDI itu tidak dapat diperbaharui berikutan ketiadaan kata sepakat antara kedua-dua negara.

“Bagaimanapun, saya akan menandatangani MoU PDI dengan rakan sejawat, Menteri Ketenagakerjaan Republik Indonesia, Ida Fauziyah di Jakarta pada Jumaat ini (1 April),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Ujar Saravanan lagi, majlis menandatangani MoU PDI itu adalah satu detik bersejarah yang akan disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo.

Menurut beliau, ia bakal mencerminkan komitmen dan kesepakatan kedua-dua negara dalam melaksanakan MoU ini kelak.

“MoU PDI ini akan merintis kepada kemasukan pekerja dari Indonesia ke dalam sektor yang dibenar penggajian Tenaga Kerja Indonesia,” katanya.

Untuk rekod, MoU berkenaan sepatutnya ditandatangani pada 7 dan 8 Februari lalu di Bali, Indonesia namun ia ditangguhkan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan