28.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

16,863 kes baharu, 37 kes kematian

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JUMLAH jangkitan baharu COVID-19 semalam merekodkan sebanyak 16,863 kes sekali gus menjadikan jumlah kumulatif 4,138,867 kes di negara ini.

Berdasarkan data sesawang COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut melaporkan 37 kes kematian COVID-19 dengan enam kematian direkodkan di luar fasiliti kesihatan (BID).

Johor mencatat angka kematian tertinggi iaitu 12 kes diikuti Kedah (enam), serta Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor (masing-masing empat kematian).

Selain itu, Pulau Pinang (tiga kematian); Sarawak (dua); dan Perak serta Sabah (satu).

Advertisements

Secara keseluruhannya dengan pertambahan kadar kematian semalam menjadikan angka kumulatif kematian mencecah 34,751 kes.

Semalam juga, sebanyak 233,179 kes aktif dilaporkan termasuk 226,656 menjalani isolasi di rumah, rawatan di hospital (5,192) serta Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) (1,032).

Seramai 299 pesakit pula ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 187 memerlukan alat bantuan pernafasan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: 97 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

SEBANYAK 97 peratus daripada 769 pengundi awal terdiri daripada anggota polis dan tentera serta pasangan menunaikan tanggungjawab masing-masing pada...

Lagi Artikel Berkaitan