30.9 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

JAIS gantung tugas guru KAFA enggan ambil vaksin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

GURU-guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) di Selangor yang masih enggan mengambil vaksin COVID-19 akan digantung tugas mereka selama dua bulan.

Tegas, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd Shahzihan Ahmad yang berkata, jika pihak terbabit masih tidak melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 sepanjang tempoh penggantungan tersebut, mereka juga boleh ditamatkan perkhidmatan serta-merta.

Menurutnya, tindakan tersebut dibuat berpandukan ketetapan dikeluarkan pihaknya berdasarkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan perkara sama kepada para pegawai masjid dan jurunikah yang enggan divaksinasi.

“Ini isu lama berkenaan titah baginda yang mengarahkan guru-guru KAFA wajib ambil vaksin. JAIS juga ada keluarkan pekeliling, semua peluang kita beri.

“Tapi mereka tidak mahu ikut, maka mereka digantung tugas selama dua bulan,” katanya, lapor Sinar Harian.

Sementara itu, Mohd Shahzihan berkata, tempoh penggantungan tersebut merupakan peluang yang diberikan kepada guru-guru KAFA tersebut untuk melengkapkan pengambilan dos vaksin COVID-19.

Namun begitu, terdapat segelintir pihak enggan mematuhi ketetapan yang ditetapkan di peringkat negeri Selangor dan hanya mengikuti arahan daripada kerajaan Persekutuan secara terus.

“Jadi, ini tidak bagus sebab mungkin JAIS sudah terlalu berlembut tentang perkara ini.

“Kita boleh gantung (tugas guru KAFA) lebih lama, tapi kita tidak mahu kerana ia memberi kesan kepada proses Pengajaran dan Pembelajaran (PDP),” katanya.

Terkini

Imigresen serbu pusat hiburan sediakan ‘call girl’, 63 ditahan

JABATAN Imigresen Johor menyerbu sebuah pusat hiburan yang disyaki menyediakan gadis panggilan (call girl) di Taman Mount Austin, Johor...

Lagi Artikel Berkaitan