28.2 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 18, 2024

Dua transporter ditahan tunggu 14 PATI

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PASUKAN Gerakan Am, menahan dua transporter tempatan yang dipercayai sedang menunggu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Jalan Banting-Sepang, Morib di sini semalam.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am, Superintendan Rizal Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu turut menahan 14 PATI termasuk tiga wanita di kawasan semak berhampiran.

Beliau berkata, penangkapan mereka hasil rondaan pihaknya bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di kawasan Morib sebelum mengesan dua buah kenderaan dalam keadaan mencurigakan di lokasi tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua lelaki tempatan berusia 28 dan 38 tahun yang mengakui sebagai transporter sedang menunggu PATI bagi proses penghantaran.

“Susulan itu, pemeriksaan lanjut dilakukan dengan menemui 11 lelaki dan tiga wanita warga asing yang sedang bersembunyi di kawasan semak.

“Kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah,” katanya dalam kenyataan hari ini,lapor Kosmo!.

Katanya, kesemua yang ditahan berusia 23 hingga 55 tahun.

Jelas beliau, pihaknya percayai kesemua PATI itu memasuki negara ini melalui jalan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot.

“Turut dirampas adalah dua buah masing-masing kenderaan dan telefon bimbit dianggarkan berjumlah RM44,100,”katanya.

Ujar beliau, kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat, Banting untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengukut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1963.

Terkini

Piala Asia B23: Harimau Muda gagal jinakkan Uzbekistan

HASRAT skuad Harimau Muda negara untuk meraih sekurang-kurangnya satu mata daripada juara edisi 2018, Uzbekistan gagal apabila ditundukkan 0-2...

Lagi Artikel Berkaitan