25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

AS gelabah, borong ‘habis’ ubat Covid-19 bagi tempoh tiga bulan

Mesti Baca

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) dilapor membeli hampir kesemua bekalan ubat remdesivir untuk tempoh tiga bulan ini, satu-satunya ubat yang dibenarkan kerajaan untuk merawat Covid-19.

Ini bermakna, negara lain yang mahu mendapatkan ubat itu bulan ini bakal berdepan kesukaran kerana AS membeli kesemua bekalan remdesivir untuk Julai.

Mail Online melaporkan, Jabatan Perkhidmatan Kemanusiaan dan Kesihatan (HHS) mengumumkan langkah itu kelmarin.

Firma remdesivir, Gilead Sciences juga membekalkan 90 peratus daripada 500,000 pengeluaran mereka untuk pasaran AS bagi bulan Ogos dan September.

Negara lain dijangka berdepan masalah mendapatkan remdesivir kerana Amerika Syarikat membeli kesemua bekalan ubat itu. – Sumber Reuters

Berita ini mungkin khabar gembira buat rakyat Amerika namun ia adalah berita buruk bagi rakyat Brazil dan India yang berdepan peningkatan jangkitan wabak Covid-19.

Advertisements

Setiausaha HHS, Alex Azar berkata, Presiden AS,Donald Trump berjaya memetrai perjanjian yang membolehkan rakyat Amerika mendapat akses kepada rawatan Covid-19.

“Pentadbiran Trump melakukan yang termampu untuk mendapatkan akses kepada pilihan rawatan buat rakyat AS,” katanya.

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) menganggarkan 98.4 peratus daripada 100,000 orang rakyat Amerika kini menerima rawatan di hospital.

Sebanyak 94,200 pesakit di Amerika bakal mendapat manfaat selepas pembelian 100 peratus bekalan remdesivir pada bulan hadapan. – Agensi

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan