32.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, March 26, 2023

‘Gila’ apa pertahan tindakan hina kebesaran negara?

Mesti Baca

Editor
Editor Edisi 9

ENTAH apa yang merasuk mereka sehingga sanggup menempelak pula tindakan pihak berkuasa menyiasat penerbitan buku kontroversi yang memaparkan Jata Negara dalam bentuk diubah suai.

Alasan ada macam-macam tetapi nampaknya semua itu sekadar menghalalkan perbuatan terkutuk mereka yang sealiran.

Hello. Ini soal lambang negara. Jata Negara sama seperti Jalur Gemilang mahu pun lagu kebangsaan.

Ada individu yang mempertahankan perbuatan pihak-pihak yang menghina lambang negara.

Bukan sahaja Malaysia, negara lain juga melindungi kebesarannya.
Bahkan baru sahaja UAE meingatkan hukuman keras terhadap kesalahan berkaitan simbol negara yang terdapapat pada matawang mereka. Nilai moral itu lebih tinggi dari nilai material pada wang tersebut.

Kita di Malaysia ada pula yang mahu menutup mata?

Lebih mengejutkan ada yang berstatus wakil rakyat. Sedangkan sepatutnya merekalah di barisan hadapan dalam mempertahankan kebesaran negara.
Lagi pun ini soal pelanggaran undang-undang.

Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 sudah jelas. Terdapat peruntukan bagi mereka yang menghina.Undang-tetap undang-undang. Lebih baik tutup mulut, jawab di mahkamah kelak. – H.M NOOR


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Wartawan

Terkini

Arif Aiman dan Endrick alami kecederaan, terlepas aksi perlawanan Hong Kong

SKUAD Harimau Malaysia kehilangan dua tonggak utama Arif Aiman dan Endrick dos Santos akibat kecederaan menjelang aksi persahabatan antarabangsa...

Lagi Artikel Berkaitan