29.2 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pilihan Raya Umum Ke-15 perlu disegerakan!

Mesti Baca

Editor
Editor
Editor Edisi 9

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU-15) perlu disegerakan.

Pilihan raya mengejut ini adalah jalan terbaik bagi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memperkukuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekarang.

Ketika rating Muhyiddin berada pada paras lebih daripada 85 peratus. Ini adalah masa terbaik untuk mendapatkan mandat baharu daripada rakyat.

Ketika rakyat mual melihat kelakuan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak sudah-sudah berebut kuasa Perdana Menteri. Ini masa terbaik.

Jelas sudah sekarang, Mahathir kembali ke arus perdana politik negara kerana mahu menaikkan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ini jelas kelihatan apabila beliau mahukan kombinasi Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri dan Mukhriz sebagai Timbalan Perdana Menteri II.

Anwar pula tidak mahu tertipu buat kali ketiga dengan Mahathir.

Dengan pertukaran Datuk Azhar Harun dari Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada Dewan Rakyat juga jelas memperlihatkan Muhyiddin akan meletakkan seseorang yang paling dipercayai untuk menerajui SPR bagi menghadapi PRU-15.

Ketika rakyat amat bersyukur dengan cara Muhyiddin menjaga keselamatan dan kebajikan rakyat di saat negara menghadapi pandemik Covid-19, inilah masa terbaik.

Ketika persepsi rakyat terhadap kerajaan PN berada pada landasan dan tahap yang betul. Inilah masa yang amat sesuai.

Barisan Nasional (BN) dan PN harus belajar daripada kesilapan silam.

Advertisements

PRU-14 sepatutnya diadakan pada penghujung tahun 2017, selepas Sukan SEA, ketika rakyat mempunyai ‘feel good factor’.

Tetapi ini tidak dilakukan, kerana mahukan persempadanan semula kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dimuktamadkan di negeri Selangor dan Perak.

Kedua-dua pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan Perak berjaya meyakinkan Datuk Seri Najib Razak untuk menangguhnya sehingga Mei 2018.

Akhirnya ini membawa padah.

Kesilapan yang sama tidak perlu diulang semula.

Kita perlu bersiap sedia.

Pilihan raya umum di Singapura perlu dilihat sebagai penanda aras.

Sekiranya cara mereka menjalankan proses pilihan raya umum ketika norma-norma baharu berjaya, maka tidak salah untuk negara meniru cara negara jiran itu.

Mahu tunggu apa lagi, ini kalilah!

ABDUL RAHMAN ABDULLAH
London, England


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9.

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan